Semasa

Tiada tolak ansur untuk pihak cuba cetus kebencian kaum – Perdana Menteri

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh bertolak ansur sama sekali dengan mereka yang menanam sifat kebencian antara kaum di negara ini.

Menyifatkannya sebagai bibit-bibit rasisme yang wujud di negara ini, Anwar menempelak kenyataan kelompok tersebut yang cuba mempermainkan ciri fizikal sesuatu kaum, seperti tidak mahu menjalin kerjasama dengan mereka yang bermata sepet atau berkulit hitam.

“Apakah Islam mengizinkan penghinaan kerana warna kulit? Bukankah Bilal bin Rabah dengan bibir tebal dan warna kulit hitam tapi didakap oleh keluarga Rasulullah SAW sebagai anggota keluarga?,” katanya pada program Temu Anwar di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di Kuala Lumpur pada Jumaat.

BACA LAGI: Pas galak bina naratif jahat kerana bimbang Islam makin subur dibawah Kerajaan Perpaduan

Sementara itu Anwar berkata, terdapat pihak yang terdesak meraih sokongan termasuk dengan menuduh beliau sebagai pro-Cina kerana mempunyai hubungan baik dengan DAP, sedangkan ia langsung tidak mempunyai kaitan.

“Kita ini ada kemanusiaan. Apa hebatnya Melayu ini? Melayu ini paling tinggi budaya, paling halus dan sopan santunnya, Melayu ini asalkan jangan kamu hilangkan martabat, prinsip, agama, budaya… itu identiti kita, kita rangkul semua yang lain,” katanya.

Related Articles

Back to top button