Semasa

KKDW komited laksana semula projek tertangguh di Sarawak – TPM

Kerajaan MADANI akan memberi keutamaan untuk menyelesaikan 24 projek dibawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di Sarawak yang tertangguh sejak 2016 hingga 2022

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan semua projek tertangguh itu akan mula dilaksanakan sebelum bermulanya Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) pada 2026.

Tambahnya, semua projek itu bernilai RM1.4 bilion dengan ada yang mencecah lebih RM300 juta. membabitkan projek infrastruktur luar bandar, bekalan air luar bandar, bekalan elektrik luar bandar, jalan perhubungan desa serta projek di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).

“Ada juga beberapa jumlah lain yang sedang kami muktamadkan. Kita juga ada pendekatan (untuk menilai semula jumlah peruntukan) disebabkan kos pembinaan dan kos bahan binaan meningkat, maka ini kita akan bincangkan dalam mesyuarat melibatkan kementerian dan agensi pusat dijadualkan dua minggu lagi di Kuala Lumpur.

“Aspek lain seperti pengambilan tanah akan diselesaikan oleh kerajaan negeri terlebih dahulu menerusi agensi sendiri yang mempunyai dana awalan, bagi menyelesaikan masalah sedemikian,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata begitu pada sidang media selepas menghadiri Taklimat Pelaksanaan Projek Pembangunan Negeri Sarawak di Kuching pada Ahad.

KKDW dalam kenyataan semalam memaklumkan sejumlah RM713.16 juta diperuntukkan di bawah pembangunan Pelan Boleh Pinda ke-4 (RP4) RMK12 bagi tahun ini, melibatkan 292 projek iaitu 70 projek baharu serta 222 projek sambungan.

Setakat 21 Oktober lalu, sebanyak 195 projek telah melepasi proses prapelaksanaan, 69 dalam pelaksanaan 69 dan 26 projek berada dalam pascapelaksanaan.

Sementara itu Ahmad Zahid menjelaskan, projek Jalan Perhubungan Desa (JPD) akan diberi keutamaan segera bagi memudahkan rakyat dari pekan kecil dan bandar tertentu memasuki jalan utama serta Lebuhraya Pan Borneo.

Kerajaan Persekutuan jelasnya telah memperuntukkan sejumlah RM85 juta bagi kerja-kerja menaik taraf jalan balak di negeri itu, yang dijangka selesai sepenuhnya tahun ini.
Sementara itu,

Related Articles

Back to top button