Semasa

Analisis impak peraturan penubuhan LPKNDM dilaksana – Menteri KPKT

Analisis Impak Peraturan (RIA) bagi cadangan penubuhan Lembaga Perindustrian Nanas, Kelapa dan Durian Malaysia (LPKNDM) sedang dilaksanakan.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, Analisis itu selaras dengan Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2021-Dasar Negara bagi amalan baik peraturan.

“Hasil kajian dijangka dikemukakan kepada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada Mac, tahun depan,” katanya di Dewan Rakyat pada Isnin.

Sementara itu sebagai menjawab soalan berhubung potensi kelapa beliau berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara dan Mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju secara prinsip bagi penubuhan LPKNDM.

Selain itu kerajaan turut melaksana usaha baharu dalam meningkatkan penghasilan kelapa termasuk melalui pelancaran empat jenis kelapa hibrid pada tahun lalu.

“Melalui usaha itu, penghasilan kelapa tempatan ditingkatkan dari 23,000 hingga 40,000 setahun,” jelasnya.

Menjawab soalan tambahan Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) mengenai kebergantungan terhadap pengimportan kelapa dari luar negara, Mohamad berkata, kerajaan memastikan bekalan kelapa import tidak melebihi 30 peratus.

Langkah itu jelasnya bagi mengelak berlaku lambakan yang menyebabkan harga kelapa tempatan menjadi rendah.

BACA LAGI: Sebanyak 83 projek sudah diluluskan KPKM sehingga September lalu

“Namun, jika ia berlaku dalam mengawal lambakan kelapa yang sekaligus memberi kesan kepada harga bekalan tempatan, kerajaan mencadangkan supaya ia tidak dijual, sebaliknya diproses menjadi santan atau produk berasaskan tanaman itu.

“Contohnya,nasi dengan kari ayam atau teh tarik…ia boleh dipasarkan dan bertahan lama…mereka yang berminat boleh berhubung dengan Jabatan Pertanian dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI),” tambahnya.

Related Articles

Back to top button