Semasa

Kumpulan pertama pasukan MALBATT selamat tiba ke tanah air

Kumpulan pertama Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-11 yang terlibat dengan misi pengaman di Selatan Lubnan selamat tiba ke tanah air pada Jumaat.

Kumpulan pertama berkenaan terdiri daripada enam pegawai dan 200 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) berkhidmat setahun dalam Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL)

Mereka yang diketuai Ketua Pergerakan, Komander Errudin Bujang TLDM tiba dengan menaiki pesawat komersial Batik Air yang mendarat di Pangkalan Udara Subang dengan disambut Asisten Ketua Staf J3, Markas Angkatan Bersama, Mejar Jeneral Datuk Tong Veng Leong TUDM.

BACA LAGI: Veteran tentera nikmati kenaikan pencen mulai Disember

Veng Leong dalam ucapannya berkata, penugasan misi kali ini dilihat mencabar ekoran konflik yang memberi kesan kepada keselamatan di Selatan Lubnan dan menjejaskan pengoperasian kontinjen MALBATT 850-11.

“Namun ia juga merupakan pengalaman berharga buat semua dan menjadi pencetus semangat kepada seluruh warga ATM termasuk rakyat Malaysia untuk terus mempertahankan kedaulatan dan kepentingan Malaysia agar keamanan serta kemakmuran yang dikecapi terus terpelihara,” katanya dikongsi di Facebook MyJointForce.

Related Articles

Back to top button