Parlimen

Pejabat Peguam Negara luluskan draf pindaan Akta 588

Jabatan Peguam Negara (AGC) telah meluluskan draf pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata, Kementerian Komunikasi memulakan sesi libat urus cadangan pindaan Akta tersebut bermula tahun lalu dengan mengadakan perbincangan bersama Majlis Peguam dan Ahli Parlimen.

Menurutnya, draf tersebut bakal diedarkan kepada kementerian dan agensi berkaitan untuk mendapatkan ulasan sebelum ia dibawa kepada Jemaah Menteri untuk diluluskan.

“Cadangan pindaan Akta 588 termasuk pindaan kepada Seksyen 233 dihasratkan untuk dibentang di Parlimen dalam mesyuarat kali ini tertakluk kepada kelulusan Jemaah Menteri,” kata di Dewan Rakyat pada Rabu.

Sementara itu, sebagai mengulas pindaan kepada Seksyen 233 berhubung penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian beliau berkata, ia akan diperkemas bagi memastikan skop dan penggunaannya tidak memberi ruang disalahgunakan.

Bagi tujuan itu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) proaktif menjalankan sesi libat urus dengan pihak berkepentingan seperti pemain industri, kementerian dan agensi kerajaan Persekutuan dan negeri serta organisasi bukan kerajaan.

BACA LAGI: Rafizi, Premier Sarawak bincang RUU berkaitan sektor perdagangan karbon

“Maklum balas daripada sesi libat urus itu diambil kira dalam memuktamadkan cadangan pindaan Akta 588 dengan penelitian dan kajian terperinci dilaksanakan MCMC dan Kementerian Komunikasi bagi memastikan skop dan penggunaannya adalah lebih jelas.

“Kementerian Komunikasi dan MCMC juga mengadakan beberapa mesyuarat penyelarasan dengan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri (BHEUU) dalam memastikan tiada pertindihan antara Rang Undang-Undang Keselamatan Dalam Talian (ONSA) dengan peruntukan di bawah Akta 588 termasuk dalam konteks pemakaian Seksyen 233,” tambahnya.

Related Articles

Back to top button