Uncategorized

KPM siapkan panduan pengurusan bencana banjir hadapi Monsun Timur Laut

Kementerian Pendidikan (KPM) sudah mengatur persediaan rapi bagi berdepan sebarang kemungkinan banjir susulan Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka berlaku lebih awal kali ini.

Menterinya Fadhlina Sidek berkata, kementerian itu mempunyai prosedur operasi standard (SOP) Panduan Pengurusan Bencana Banjir Institusi Pendidikan yang merangkumi tindakan sebelum, semasa dan selepas banjir.

Justeru beliau berharap semua, termasuk pihak sekolah bersedia sekiranya institusi pendidikan mereka dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS)

“Kita akan pastikan sekolah selamat, kondusif untuk meneruskan pendidikan anak-anak ini.

“Kalau sekolah itu tidak dapat meneruskan pendidikan seperti biasa kerana proses ataupun tempoh masa banjir itu masih lagi lama, PdPR akan dilaksanakan.

“Jadi semua guru kita ini sudah pun terlatih untuk membuat sebarang intervensi, khususnya terkait rapat dengan situasi banjir dan situasi-situasi lain yang terkait rapat dengan banjir,” katanya.

BACA LAGI: Sekolah terjejas banjir teruskan pembelajaran guna kaedah PdPR

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Perasmian Penutupan Program My Lesen (B2) Tahun 2024 Parlimen Nibong Tebal di sini pada Sabtu.

Monsun Timur Laut (MTL) dijangka mencapai kemuncaknya pada penghujung bulan ini menyaksikan taburan yang tinggi di sempadan Malaysia-Thailand selain negeri di pantai timur serta Sabah dan Sarawak.

Related Articles

Back to top button