Negeri

Amirudin jangka Akta 672 dimuktamadkan selewatnya awal 2025

Kerajaan Selangor dijangka memuktamadkan ratifikasi Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) selewat-lewatnya awal 2025.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pelaksanaan pengurusan sisa pepejal bersama kerajaan Persekutuan melalui akta tersebut dijangka dapat mengurangkan kos ditanggung kerajaan negeri melalui anak syarikatnya KDEB Waste Management (KDEBWM). tu.

“Dengan Akta 672, jurang itu akan diisi dengan peruntukan Kerajaan Persekutuan dan kita sedia berbincang.

“Harapnya akhir tahun ini atau awal 2025 dapat selesai,” katanya pada sidang media selepas Pelancaran Selangor Education Summit 2024 di Shah Alam pada Isnin.

Amirudin sebelumnya memaklumkan, ketika ini KDEBWM terpaksa menanggung kos tambahan RM7 bagi setiap satu tan metrik sampah yang dikutip menyebabkan syarikat itu mengalami kitaran kewangan agak ketat dan mengganggu pelaburan untuk pembelian lori baharu, peralatan lain dan sebagainya.

Terdahulu media melaporkan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerima nota hasrat daripada kerajaan Selangor bagi meratifikasi Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007.

BACA LAGI: Kerajaan Selangor buktikan komitmen tingkat mutu pendidikan

Menterinya, Nga Kor Ming dilaporkan berkata, perbincangan bagi penerimaan Akta 672 itu oleh kerajaan Selangor sedang berjalan dan perkembangannya akan dimaklumkan.

Dalam pada itu, Amirudin turut menjangkakan dengan menandatangani akta tersebut akan dapat menyelesaikan masalah kos serta kewujudan tapak pelupusan sampah haram di Selangor.

Related Articles

Back to top button