Global

PM Anwar sampaikan pendirian Malaysia pada dua sesi penting G20

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan pendirian Malaysia dalam dua sesi penting semasa Sidang Kemuncak G20 di Rio De Janeiro

Sesi itu iaitu ‘Keterangkuman Sosial dan Perjuangan Membasmi Kemiskinan dan Kebuluran’ dan sesi ‘Reformasi Institusi Tadbir Urus Global’ itu merupakan peluang Malaysia untuk menyuarakan pandangannya mengenai inisiatif bagi menangani isu-isu seperti kemiskinan, kesenjangan, dan pembaharuan sistem tadbir urus global.

Ia selaras dengan komitmen kerajaan Madani untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi rakyat Malaysia khususnya dalam usaha membasmi kemiskinan tegar.

G20 terdiri daripada 19 negara dan dua kesatuan yang terdiri daripada Argentina, Australia, Brazil, Kanada, China, Perancis, Jerman, India, Indonesia, Itali, Jepun, Mexico, Rusia, Arab Saudi, Afrika Selatan, Korea Selatan, Turki, United Kingdom, Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah (EU), dan Kesatuan Afrika (AU).

Malaysia bersama 16 negara lain termasuk Chile, Qatar, Mesir, Singapura, Sepanyol, Emiriah Arab Bersatu dan Vietnam, adalah negara tetamu untuk G20.

Terdahulu, Anwar di luar Sidang Kemuncak itu menegaskan komitmen Malaysia untuk memperluaskan kerjasama strategik dengan Brazil, khususnya dalam bidang penyelidikan, pembangunan dan pendidikan, sejajar dengan keperluan global semasa.

Pada pertemuan bersama Presiden Brazil, Luiz InĂ¡cio Lula da Silva sebelumnya, Anwar berkata Presiden Lula menyatakan sokongan penuh untuk memperluaskan hubungan dua hala antara kedua-dua negara, termasuk dalam sektor pelaburan dan perdagangan.

BACA LAGI: Lawatan PM Anwar ke Brazil detik penting negara

“Presiden Lula juga memberi jaminan bahawa pentadbiran beliau akan terus menyokong usaha ini. Beliau turut menunjukkan minat untuk melawat Malaysia sempena mesyuarat ketua kerajaan ASEAN tahun depan.

“Ini peluang untuk merapatkan lagi kerjasama industri antara Malaysia dan Brazil,” katanya sambil menjelaskan kedua negara bersetuju untuk memperkukuh hubungan dua hala dan meneroka peluang baharu melalui platform ASEAN dan BRICS.

Related Articles

Back to top button