Global

Waran tangkap untuk Netanyahu kemenangan pihak tegak keadilan – PM Anwar

PM Anwar alu-alukan waran tangkap terhadap Netanyahu

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalu-alukan keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.

Ditemui pemberita pada Jumaat, Anwar berkata tindakan badan kehakiman dunia terhadap Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Israel Yoav Gallant atas dakwaan jenayah perang di Gaza itu adalah berlandaskan hukum, bukti tentang kezaliman, penindasan dan pembunuhan berterusan oleh rejim Zionis berkenaan.

“Ini suatu pengesahan tentang apa yang berlaku selama ini (di Palestin), yang kadang-kadang dipertikaikan oleh sebahagian orang, ICC badan yang memutuskan berdasarkan hukum dan bukti.

“Jadi kita alu-alukan keputusan itu dan setuju dengan tindakan bahawa kalau ada mana-mana lawatan dia (dua pemimpin Israel itu) ke luar (negara), (dia) harus ditangkap,” katanya .

Waran tangkap itu dikeluarkan ICC terhadap terhadap Netanyahu dan Gallant pada Khamis atas jenayah kemanusiaan dan serangan genosid di wilayah Palestin, termasuk Gaza yang mengakibatkan kematian dilaporkan kira-kira 44,000, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak serta mencederakan lebih 103,000 yang lain.

BACA LAGI: PM Anwar gesa Israel disingkir dari PBB

Bagaimanapun sekutu kuat Israel, Amerika Syarikat (AS) melalui satu kenyataan White House dilapor menolak keputusan ICC itu.

“Itu keputusan AS tetapi saya rasa keputusan dunia sebaliknya,” tegas Anwar yang menyifatkan waran tangkap dikeluarkan ICC itu sebagai satu kemenangan bagi pihak yang menegakkan keadilan dan kemanusiaan.

Related Articles

Back to top button