Negeri

Kerajaan Pulau Pinang tubuh jawatankuasa bantu gelandangan

Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengambil pendekat lebih proaktif untuk menangani isu gelandangan di negeri itu sekaligus membantu mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kesihatan negeri Daniel Gooi Zi Sen di Dewan Undangan Negeri pada Rabu berkata, pihaknya kini dalam proses menubuhkan jawatankuasa dan mengembangkan garis panduan khusus bagi tujuan itu.

Langkah tersebut berikutan terdapat beberapa kekangan di bawah peruntukan Akta Orang-Orang Papa 1977 (Akta 183) yang menyukarkan usaha menangani isu berkenaan

“Kekangan yang dihadapi bagi membantu golongan papa ini adalah kerana Prosedur Tetap Operasi Tindakan Mengambil Orang Papa di bawah Akta Orang-Orang Papa 1977 yang menyatakan pihak JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) tidak mempunyai kuasa mengambil dan membantu orang papa bagi beberapa kes.

“Ia seperti kes bukan warganegara, kes pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR), kes disyaki berpenyakit mental dan mempunyai masalah kesihatan kronik atau penyakit berjangkit, disyaki penagih dadah, menghidu gam, ketagihan alkohol dan kes kutipan derma tanpa kelulusan,” katanya.

Beliau sebelumnya menjawab soalan ADUN Bagan Jermal Chee Yeeh Keen berhubung kesukaran untuk menyalurkan bantuan kepada golongan papa khususnya yang mengalami masalah kesihatan mental, kesihatan dan penagihan dadah.

BACA LAGI: Selangor tawar program khusus penjagaan pesakit Palsi Serebrum

Mengulas lanjut Gooi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Padang Lalang berkata bagi kes seperti itu, pihak JKM akan menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) bagi membantu memberi rawatan kepada golongan terbabit.

Selain itu JKNPP akan mengenal pasti pesakit daripada orang gelandangan atau papa yang akan dirujuk kepada Jabatan Kerja Sosial Perubatan (JKSP) untuk tindakan selanjutnya.

Related Articles

Back to top button