Hampir RM40 juta diperuntukkan untuk bantu mangsa bencana – KPWKM
Kerajaan MADANI melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyediakan peruntukan RM39.9 juta bagi memastikan keperluan terutama makanan kepada mangsa banjir.
Datuk Seri Noraini Ahmad di Dewan Rakyat pada Khamis berkata, peruntukan itu membabitkan RM12 juta di peringkat Persekutuan dan RM27.9 juta bagi peringkat negeri termasuk peruntukan bagi depoh simpanan barangan asas
“Kita sediakan barang keperluan asas seperti khemah, tikar, dan selimut dan waktu yang sama kita siapkan juga bekalan pek makanan ataupun makanan bermasak ataupun retort.
“Kita juga siapkan barangan keperluan khas terutamanya kepada golongan OKU (Orang Kurang Upaya), warga emas, wanita, kanak-kanak dan makanan kering. Ini terutamanya untuk diberikan di kawasan yang terputus hubungan,” kata Noraini yang juga Timbalan Menteri KPWKM.
BACA LAGI: KPM siapkan panduan pengurusan bencana banjir hadapi Monsun Timur Laut
Mengulas mengenai kesiapsiagaan kementerian itu menghadapi fenomena Monsun Timur Laut (MTL), beliau menjelaskan lebih 5,637 pegawai dan kakitanganJabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) digerakkan termasuk 1,047 orang terdiri daripada psychological support team.
Selain itu terdapat 6,073 sukarelawan agensi pusat itu digerakkan bagi membantu mangsa.
Sementara itu Noraini turut memaklumkan Dewan Rakyat bahawa JKM sedang menyediakan satu kertas dasar berhubung pemberian insentif kepada sukarelawan yang terlibat dalam bantuan bencana di negara ini.