Semasa

Usaha pulihara kualiti air sungai seluruh negara tunjuk hasil positif

Usaha memelihara dan memulihkan kualiti air sungai di negara ini menunjukkan perkembangan positif apabila jumlah sungai yang dikategorikan ‘bersih’ semakin meningkat,

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) di Dewan Rakyat pada Selasa memaklumkan sebanyak 486 dikategorikan sebagai bersih tahun lalu berbanding 408 pada 2019.

Manakala bagi tempoh sama sungai yang dikategorikan ‘tercemar’ berkurangan daripada 59 sungai kepada 25 sungai pada 2023.

Usaha memelihara dan memulihkan kualiti air itu jelasnya dilaksana menerusi Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan kerajaan membelanjakan RM9.8 juta bagi menyokong usaha itu.

“Kita juga dalam proses memperkasakan kualiti alam sekitar EQMP menerusi pembangunan pelan tindakan Pengawasan Alam Sekitar Kebangsaan 2024/2034 dan kita akan meningkatkan lagi keberkesanan Jabatan Alam Sekitar dengan proses pemerkasaan yang ingin kita mulakan pada tahun akan datang ini,” katanya.

Beliau sebelumnya menjawab soalan tambahan dikemuka Ahli Parlimen Sungai Petani Dr. Mohammed Taufiq Johari mengenai perkara itu.

BACA LAGI: NRES bentang RUU Perubahan Iklim Negara suku pertama tahun depan

Sementara itu sebagai mengulas usaha memperkasa alam sekitar beliau berkata, JAS sentiasa komited dalam mengawal pencemaran terutamanya melibatkan punca punca pencemaran.

Antaranya aktiviti perbandaran, penternakan, pertanian serta aktiviti komersial yang tidak mempunyai sistem rawatan atau kumbahan yang sempurna.

Related Articles

Back to top button