Negeri

Akta 672 dijangka dimuktamadkan akhir tahun ini – Menteri Besar Selangor

Kerajaan Negeri Selangor dijangka memuktamadkan ratifikasi Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) akhir tahun ini.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, dengan menandatangani akta tersebut, ia dijangka dapat meringankan beban kewangan ditanggung oleh Kerajaan Negeri dalam operasi pengurusan sisa pepejal di negeri itu.

“Antara kelebihan perjanjian 672 ini adalah Kerajaan Persekutuan akan mempunyai sebahagian dana untuk menampung kekurangan.

“Keadaan sekarang kutipan sisa pepejal itu dibuat dengan kos yang sangat ketat, hingga menyebabkan lambakan tambahan terutama pada masa musim perayaan selain pihak yang mengambil jalan pintas membuang di kawasan pelupusan sampah haram.

“Jadi apabila kita tandatangani perjanjian 672 ini, ia akan dapat menampung dari segi kos dan dalam proses akhir (tandatangani perjanjian),” katanya di petik laporan media.

BACA LAGI: Taman awam di semua PBT Selangor dinaik taraf tahun depan

Operasi pengurusan sisa pepejal di Selangor dikendali KDEB Waste Management (KDEBWM) yang merupakan syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Selangor.

Amirudin memberitahu, ketika ini kos operasi yang ditampung oleh KDEBWM bagi memungut satu tan metrik sampah dianggarkan RM7 hingga RM8 berbanding nilai sebenar pada RM14 hingga RM15.

Related Articles

Back to top button