Negeri

Selangor terus kecualikan cukai taksiran untuk rumah kos rendah

Kerajaan Negeri Selangor meneruskan pengecualian cukai taksiran bagi semua rumah kos rendah di negeri itu.

Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Ng Suee Lim pada satu sidang media di Wisma Dewan Negeri pada Isnin berkata, pengecualian cukai taksiran juga akan diberi kepada rumah kawasan kampung baru dan tradisi secara bersasar di negeri itu.

“Berita baik untuk pemilik rumah kos rendah, kita akan teruskan pengecualian cukai taksiran pada tahun depan,

“Kita harap ketua kampung dan wakil rakyat turun padang dan bantu penduduk kampung buat permohonan pengecualian. Kita mahu bantu ramai lagi, terutamanya mereka yang tidak berkemampuan,” katanya,” katanya.

Sementara itu jelasnya, pengecualian itu dianggarkan membabitkan nilai berjumlah RM60 juta yang sepatutnya dikutip pihak berkuasa tempatan (PBT).

Ia akan membabitkan anggaran 500,000 unit kediaman kos rendah dan sebanyak 2,869 rumah dalam kampung tradisi.

Bagaimanapun menurut beliau, jumlah rumah kampung tradis terlibat masih rendah berbanding sasaran 5,000 kediaman yang ditetapkan Kerajaan Negeri.

Dalam perkembangan berkaitan, Suee Lim memaklumkan cukai taksiran bagi pemilik harta lain pada tahun depan pula hanya membabitkan kenaikan sehingga 25% sahaja berbanding nilai cukai taksiran yang perlu dibayar.

Ini kerana jelasnya, kerajaan negeri akan menyeraps ehingga 75 peratus kadar baharu cukai taksiran tersebut.

“Contohnya jika cukai taksiran rumah pangsapuri yang dibayar tahun ini berjumlah RM100 setahun, maka jumlah cukai baru yang dibayar pada 2025 adalah RM125 berbanding RM200 yang patut dikutip pihak berkuasa tempatan (PBT),” jelasnya.

BACA LAGI: 91,000 hektar sawah terbiar akan dimanfaatkan semula tampung pengeluaran padi

Mengulas lanjut beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas negeri mengambil kira keluhan rakyat dan pemegang taruh yang terbeban jika berlaku kenaikan sehingga 100 peratus.

Justeru pemberian diskaun itu dikuat kuasa selama lima tahun, dengan penambahan kewangan berjumlah RM355 juta bagi semua PBT.

Media sebelum ini melaporkan, lapan PBT di Selangor tidak membuat semakan kadar cukai taksiran dalam tempoh antara 20 hingga 40 tahun lalu di kawasan pentadbirannya.

Majlis Perbandaran Kajang paling lama tidak menaikkan kadar itu selama 39 tahun sejak 1985.

Related Articles

Back to top button