Jumlah rakyat Malaysia terima kadar gaji median meningkat – Rafizi Ramli
Fenomena pekerja negara ini yang bergaji rendah di bawah RM2,000 masih menjadi cabaran kepada ekonomi negara.
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menerusi hantaran video di akaun Facebook pada Jumaat berkata, sejumlah 32.2 peratus atau 2.167 juta rakyat Malaysia masih berada dalam kategori itu.
Bagaimanapun peratusan itu jelasnya menurun daripada 34.8 peratus jumlah pekerja pada Jun tahun.
“Keadaan itu diyakini akan menjadi lebih baik bermula 2025 dengan tiga keputusan utama kerajaan membabitkan gaji pekerja.
“Pertama, kenaikan gaji penjawat awam. Kedua, kenaikan gaji minimum kepada RM1,700 sebulan dan ketiga, pelaksanaan sepenuhnya gaji progresif bagi pekerja swasta dengan peruntukan awal RM200 juta bagi 2025. Insya-Allah, keadaan gaji akan bertambah baik setiap tahun selepas ini,” katanya.
Sementara itu menurut Rafizi, antara Jun 2023 hingga Jun lalu, kadar gaji pertengahan atau gaji median di negara ini telah mencatatkan peningkatan daripada RM2,600 kepada RM2,745 sebulan.
Peningkatan itu jelasnya melibatkan 6.73 juta pekerja bergaji atau pekerja formal di negara ini.
BACA LAGI: Peruntukan baiki sekolah terjejas banjir akan disalurkan segera – Menteri Kewangan II
“Jumlah pekerja dengan gaji antara RM2,000 ke RM5,000 pula meningkat daripada 42.7 peratus daripada jumlah pekerja pada Jun tahun lalu kepada 43.8 peratus, Jun tahun ini.
“Jumlah pekerja bergaji melebihi RM5,000 juga meningkat daripada 22.5 peratus daripada jumlah pekerja pada Jun