Semasa

Titah Adendum: Kamil Munim bidas Ka Siong, gesa hormati prosiding mahkamah

Setiausaha Politik Anwar Ibrahim, Muhammad Kamil Abdul Munim membidas Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong kerana mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan kewujudan Titah Adendum membabitkan

Melalui satu kenyataan beliau berkata, tindakan itu mengambarkan seolah-olah wee tidak menghormati prosiding mahkamah.

Merujuk pendirian Istana Pahang yang memilih untuk menghormati prosiding mahkamah dengan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut berhubung Titah Adendum itu beliau berkata, Wee bertindak seolah-olah lebih sudu daripada kuah.

“Negara ini negara hukum. Ada proses dan peraturannya. Justeru hormat proses ini,” katanya.

Anwar di Dewan Rakyat minggu lalu menegaskan bahawa beliau tidak dapat menjawab soalan berkaitan titah tambahan Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah selaku Agong sebelum ini kerana peraturan parlimen melarang perbincangan subjudis, selain tiada perkenan daripada Agong sekarang.

Bagaimanapun Wee yang merupakan Ahli Parlimen Ayer Hitam mendakwa peraturan subjudis tidak lagi terpakai dalam isu adendum kerana penghakiman juri telah dimansuhkan daripada sistem perundangan Malaysia yang dipetiknya dari pandangan bekas peguam Negara Tommy Thomas.

Sementara itu Muhammad Kamil mencabar Wee menyatakan bila sub judice rule telah dimansuhkan dalam sistem perundangan negara.

“Apakah Thomas selaku peguam negara pada ketika itu telah memansuhkan peraturan subjudis dan Wee memilih untuk menggunakan pandangan Thomas berbanding pandangan peguam negara sekarang untuk menjadi juara dengan mendesak perdana menteri terus mengulas hal yang sedang dibicarakan?

“Apakah Wee terlalu terdesak sehingga terpaksa mengolah peraturan perundangan versi tekak sendiri?” katanya.

Beliau sementara itu turut menyatakan rasa aneh terhadap sikap ditonjolkan Wee, kerana tidak selantang sekarang apabila bekas Presiden Umno itu menjalani hukuman penjara semasa Ismail Sabri Yaakob menjadi perdana menteri.

BACA LAGI: Junjung titah Sultan, Selangor tubuh ‘taskforce’ percepat mitigasi banjir

“Lupakah Wee bahawa Najib dipenjara ketika zaman Ismail Sabri dan beliau ketika itu tidak selantang ini membela Najib?

“Kita faham mungkin ini salah satu percubaan Wee untuk terus kekal relevan di mata beberapa pihak (iaitu) dengan terus-menerus mendesak perdana menteri meskipun penjelasan panjang lebar telah dibuat,” tegasnya.

Related Articles

Back to top button