Selangor cungkil bakat baharu pelapis e-sukan
Kerajaan Negeri Selangor bakal menganjurkan pelbagai pertandingan e-sukan bagi mencungkil bakat baharu sekaligus menyediakan generasi pelapis sukan itu.
EXCO Belia, Sukan Dan Keusahawanan negeri Najwan Halimi berkata, bagi tujuan itu pihaknya bekerjasama dengan pasukan Selangor Red Giants (SRG) dan Akademi Todak selain membangunkan pelan ekosistem sukan berkenaan.
“Baru-baru ini sebuah program e-sukan dianjur dengan kerjasama SRG dan Akademi Todak dengan penglibatan 32 sekolah menengah dalam daerah Petaling.
“Hujung bulan ini, kita akan laksanakan satu lagi pertandingan yang dikenali Selangor Feature Cup akan disertai 128 sekolah seluruh negeri,” katanya dipetik.
Selangor disifatkan sebagai pelopor kepada pembangunan sukan e-sports di Malaysia.
Pada Disember 2023, pasukan e-sukan negeri Selangor muncul juara keseluruhan kejohanan Liga Jelajah Juara e-Sukan Malaysia yang julung kalinya diadakan.
Manakala pada November lalu, skuad e-sukan Mobile Legends Bang Bang (MLBB) negara yang diwakili Selangor Red Giants (SRG) muncul juara Kejohanan Dunia IESF 2024 di Riyadh, Arab Saudi sekaligus menewaskan menewaskan juara bertahan, Filipina sekaligus menamatkan kemarau kemenangan tujuh tahun Malaysia untuk menjuarai aksi antarabangsa sukan itu.
Sebagai menyokong usaha mengembangkan potensi e-sukan, Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari melalui pembentangan Belanjawan Selangor 2025 mengumumkan Kerajaan Negeri akan mengubah suai Hotel Carlton di Shah Alam untuk dijadikan Gedung E-Sports dengan peruntukan RM1 juta.
Inisiatif berkenaan bagi memberi peluang kepada negeri menjadi tuan rumah kepada pertandingan e-sukan di peringkat Asean dan antarabangsa.
Sementara itu Najwan yang juga ADUN Kota Anggerik e-sukan kini semakin mendapat sokongan guru dan ibu bapa setelah potensinya sebagai sebuah industri yang mampu mencipta kerjaya profesional disedari.
BACA LAGI: RM20 juta dibelanjakan untuk sokong agenda pertanian Selangor
“Melihat kepada perkembangan anak muda Malaysia banyak yang berjaya di pentas antarabangsa daripada e-sukan mereka menjadikan sebagai satu profesion.
“Ia menepis persepsi permainan e-sukan melalaikan dan tidak memberi nilai tambah kepada kepada anak-anak mereka,” katanya.