Semasa

JAIS buka 141 kertas siasatan berkaitan kes GISBH

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membuka 141 kertas siasatan berkait kes GISB Holdings (GISBH) di negeri itu.

Pengarahnya Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, rata-rata kes didakwa di bawah Seksyen 12(c ) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor berhubung tindakan GISBH melanggar fatwa yang sedang dikuatkuasakan.

“Sekarang JAIS dalam proses (memenuhi) beberapa kehendak pihak pendakwaan yang sedang disempurnakan dalam tempoh seminggu ini.

“Insya-Allah, kalau ada kes kita akan dakwa secepat mungkin, kalau tiada (kes) itu bergantung kepada kuasa pihak pendakwa raya (syarie),” katanya dalam satu sidang media di Masjid Negeri Selangor di Shah Alam pada Khamis.

Mengulas lanjut, katanya, untuk pendakwaan kes lain selain Seksyen 12(c ) itu ia bergantung kepada ketentuan di pihak pendakwa raya.

“Mungkin akan dipertimbangkan pihak pendakwaan syarie adalah membabitkan cubaan menghidupkan ajaran sesat, juga dibawa enakmen sama,” katanya.

BACA LAGI: Tubuh tabung khas bantu waris biayai kos pengurusan jenazah – Exco Selangor

Mengulas kaedah pemulihan digunakan terhadap GISBH, beliau berkata ia bukan sahaja membabitkan proses pemulihan akidah tetapi juga bagaimana mengintegrasikan mereka ke dalam masyarakat sepenuhnya dan bukan dalam kumpulan mereka sahaja.

“Titah Sultan Selangor jelas supaya mengintegrasikan mereka kepada mainstream dan bukan hanya semasa-mata proses menyempurnakan atau mengembalikan fahaman mereka,” katanya dipetik.

Related Articles

Back to top button