Semasa

PM Anwar ucap takziah buat keluarga tokoh gerakan Islam Youssef Nada

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah kepada keluarga aktivis gerakan Islam Mesir Youssef Nada.

Ia susulan Youssef Nada yang juga dikenali sebagai antara sahabatnya itu meninggal dunia pada Sabtu.

“Sedih tatkala sahabat keluarga, aktivis gerakan Islam berasal Mesir serta juga pengusaha terkenal Youssef Nada telah kembali menyahut seruan Ilahi.

“Bagi pihak keluarga, kami berduka dan mendoakan agar rohnya diberi keampunan serta dikurnia tempat istimewa di sisi-Nya, insya-Allah,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook.

Nada, 93, merupakan ahli perniagaan dan dianggap bapa kewangan Islam serta pengasas Al Taqwa Islamic Bank.

Tokoh gerakan Ikhwanul Muslimin itu menjadi terkenal kerana kejayaan kes perundangan hak asasi manusia di Eropah untuk mempertahankan dirinya daripada tuduhan keganasan oleh Amerika Syarikat (A.S).

Related Articles

Back to top button