Negeri

Program BINGKAS diteruskan dengan penambahbaikan – EXCO Selangor

Kerajaan Negeri Selangor akan meneruskan Program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) tahun depan dengan penambahbaikan bermula Jun 2026.

EXCO kebajikan masyarakat Anfaal Saari berkata, kajian penambahbaikan itu sedang dibuat dan penerima yang layak dalam tempoh baharu bermula Julai lalu akan terus menerima manfaat RM300 sebulan selama dua tahun.

“Program BINGKAS tempoh baharu bermula Julai lalu dan berakhir dua tahun iaitu pada Jun 2026 atau mengikut kelulusan mulai Julai 2024.

“Setakat ini, ia akan diteruskan seperti biasa tahun depan dan cadangan penambahbaikan akan dilaksanakan selepas Jun 2026,” katanya dipetik.

BINGKAS merupakan satu daripada 46 skim terkandung dalam Iltizam Selangor Penyayang, yang menawarkan bantuan bulanan sebanyak RM300 selama dua tahun.

BACA LAGI: Selangor terus kecualikan cukai taksiran untuk rumah kos rendah

Bayaran bantuan berkenaan diagih menerusi aplikasi e-dompet Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) bagi memudahkan penerima berbelanja.

Inisiatif tersebut ditambah baik daripada isi rumah berpendapatan RM3,000 kepada RM5,000 sebulan dan ke bawah, dengan peruntukan sebanyak RM108 juta oleh Kerajaan Negeri.

Related Articles

Back to top button