Negeri

Aminuddin mahu Seremban jadi bandaraya bersih, ceria

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menyatakan harapan untuk melihat supaya persekitaran Bandaraya Seremban menjadi lebih bersih, ceria dan indah kepada penduduk serta pengunjung.

Sehubungan itu beliau menyeru pegawai dan kakitangan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) serta jabatan dan agensi berkaitan agar terus komited dan proaktif dalam melaksana tugasan.

“Pegawai dan kakitangan MBS hendaklah lebih komited dan proaktif dalam tugas masing-masing dalam memastikan perkhidmatan yang lebih baik selaras dengan status Seremban sebagai sebuah Bandaraya,” katanya dipetik laporan media rasmi kerajaan negeri.

Aminuddin sebelumnya dilapor mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan mengenai penyelengaraan dan penambahbaikan infrastruktur kemudahan-kemudahan awam di kawasan-kawasan pengelolaan MBS.

Mesyuarat tersebut yang diadakan di Wisma MBS dihadirii pengarah-pengarah jabatan di bawah MBS, Jabatan Kerja Raya (Seremban), Jabatan Pengairan Saliran (JPS), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Selia Selenggara Seremban, SW Corp Seremban, TM Seremban dan Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS).

“Saya berharap kelangsungan mesyuarat ini akan dapat meningkatkan prestasi perkhidmatan menjelang tahun 2025,” kata ADUN Sikamat itu dipetik.

Related Articles

Back to top button