Nasional

MCMC terima 4,699 permohonan turunkan siaran media sosial

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menerima sebanyak 4,699 permohonan menurunkan siaran media sosial daripada pelbagai platform sejak 1 Januari lalu.

Menteri Komunikasi, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata, jumlah yang direkodkan itu melibatkan 72 peratus adalah siaran berkaitan perjudian dalam talian, manakala 14 peratus adalah siaran berkaitan penipuan.

“Siaran berkaitan hanya dua isu ini sudah membentuk kira-kira 86 peratus dan kami akan terus memantau dan mengawal selia posting yang dianggap haram,” katanya memetik laporan media tempatan.

Dalam pada itu, Fahmi berkata, kerajaan juga sedang dalam usaha mengekang ancaman penipuan yang melibatkan penyebaran video dan imej palsu atau ‘deepfake’ yang dihasil menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Katanya, antara langkah yang telah dilaksanakan adalah pindaan kepada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang diluluskan pada Disember tahun lalu.

Related Articles

Back to top button