Nasional

Pertemuan PM Anwar, Lawrence Wong unik, di Rumah Tangsi

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan rakan sejawat rakan sejawat dari Singapura, Lawrence Wong dalam perbincangan santai di Rumah Tangsi dekat sini malam tadi.

Beliau berkata lawatan rasmi Lawrence bersempena Sesi Pemukiman Pemimpin-Pemimpin kedua-dua negara Ke-11.

“Pertemuan dengan Tamu Kenegaraan malam ini sedikit istimewa apabila diadakan di sebuah rumah agam bersejarah berusia 120 tahun, sekali gus mengangkat warisan di Kuala Lumpur.

“Saya dan PM Lawrence sempat meninjau pameran galeri seni di dalam Rumah Tangsi, sebelum kami makan malam bersama sambil mengadakan perbincangan empat mata terkait hubungan Malaysia dan Singapura, selain menyentuh beberapa isu tertunggak melibatkan kedua-dua negara sahabat,” katanya menerusi Facebook pada Isnin malam.

Beliau juga berharap semua isu akan dibincang dan dirungkai secara terperinci dengan semangat persahabatan dalam Sesi Pemukiman antara pimpinan Malaysia-Singapura. 

Baca juga:

Related Articles

Back to top button