Bisnesekonomi

Pengumuman kadar dividen cetus reaksi positif oleh para pencarum

PETALING JAYA: Pengumuman kadar dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi tahun 2024 sebanyak 6.3 peratus untuk kedua-dua Simpanan Syariah dan Simpanan Konvensional telah mencetuskan reaksi positif di kalangan pencarum.

Secara keseluruhan, rata-rata pencarum menyambut baik kadar dividen yang lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya sebagai satu berita baik terutamanya dalam keadaan ekonomi yang mencabar ketika ini.

Seorang pengguna media sosial di laman X, @iamjoelee berkata, kenaikan dividen itu memberi kelegaan kepada pencarum yang bergantung kepada simpanan KWSP untuk masa depan mereka.

Ada juga yang berpendapat bahawa KWSP adalah sistem terbaik yang dimiliki Malaysia dan dunia bagi dana persaraan.

Mereka menegaskan bahawa tadbir urus yang baik di KWSP sepatutnya dikekalkan tanpa campur tangan pihak kerajaan.

Menurut Syed Akramin di X, pengumuman dividen KWSP itu adalah untuk membantu umat Islam, bukan sekadar mencetuskan gimik ‘Islam terancam’ tanpa sebarang usaha konkrit untuk meningkatkan ekonomi.

“KWSP menunjukkan contoh yang baik dalam memperkukuh kewangan rakyat dan meningkatkan kesejahteraan umat Islam melalui dividen yang menguntungkan,” katanya.

Dengan memastikan akaun KWSP mengikut prinsip syariah, ia bukan sahaja memberikan pulangan yang menguntungkan tetapi juga menjamin keberkatan dalam simpanan, kata beliau.

Related Articles

Back to top button