Penganalisis bidas kenyataan Wan Fayhsal isu dividen KWSP

PETALING JAYA: Penganalisis politik, Liyana Marzuki membidas kenyataan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal, yang mempersoalkan kadar dividen tinggi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi tahun 2024.
Beliau berkata bahawa penggunaan hampir keseluruhan pendapatan pelaburan KWSP untuk dividen sudah termaktub dalam Seksyen 27 Akta KWSP 1991.
Tegasnya,KWSP adalah badan berkanun dan tidak beroperasi seperti syarikat swasta yang boleh menyimpan keuntungan.
Wan Fayhsal sebelum ini mendakwa kenaikan dividen 6.3 peratus pada 2024 berpunca daripada payout ratio yang terlalu tinggi, iaitu 98.36 peratus berbanding 86.30 peratus pada 2023 dan menyifatkannya sebagai langkah bermotif politik yang boleh menjejaskan rizab KWSP.

Sebagai respons, Liyana mengingatkan Wan Fayhsal untuk memahami fakta sebelum membuat kenyataan.
Beliau juga mencabar Wan Fayhsal menunjukkan peruntukan undang-undang yang menyokong dakwaannya, jika benar langkah KWSP itu bermasalah.