PolitikUncategorized

Permohonan PM bukan demi kekebalan individu secara mutlak – AGC

PETALING JAYA: Permohonan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu merujuk beberapa soalan berkaitan perlembagaan kepada Mahkamah Persekutuan bukanlah bertujuan untuk mewujudkan kekebalan mutlak buat mana-mana individu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) menerusi kenyataan media pada lewat Sabtu, yang menjelaskan soalan-soalan itu sebaliknya hanya membangkitkan isu perlembagaan yang baharu dan belum pernah diputuskan.

“Khususnya yang berkaitan dengan hubungan antara litigasi sivil dan keupayaan seorang Perdana Menteri yang sedang memegang jawatan untuk melaksanakan fungsi Eksekutifnya dengan berkesan,” katanya.

AGC berkata, antara lain yang turut dibangkitkan adalah sama ada tindakan sivil berkaitan perbuatan sebelum memegang jawatan boleh diteruskan sekiranya ia menjejaskan keupayaan Perdana Menteri untuk mentadbir.

“Soalan lain termasuk sama ada Perlembagaan secara implikasi memerlukan semakan ambang kehakiman dalam kes seperti itu, serta kesan peruntukan dalam Perkara 5(1), 8(1), 39, 40 dan 43 Perlembagaan Persekutuan dalam melindungi prinsip pengasingan kuasa dan kestabilan institusi negara,” ujarnya.

Jelas AGC, soalan yang dibangkitkan itu merupakan soalan struktur mengenai tadbir urus perlembagaan dan bukannya soalan mengenai kekebalan peribadi.

“Proses rujukan perlembagaan diwujudkan bagi membolehkan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekutuan membuat penentuan yang muktamad terhadap isu-isu sebegini,” katanya

Kata jabatan itu lagi, AGC menghormati integriti mekanisme perlembagaan ini dan akan menilai sebarang permintaan untuk campur tangan berdasarkan merit undang-undang dan kepentingan awam, bukan sentimen yang berbaur politik.

“AGC menegaskan bahawa sebarang keputusan mengenai kesan peruntukan Perlembagaan adalah terletak sepenuhnya dalam bidang kuasa Mahkamah Persekutuan menurut Perkara 128(2) Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon Mahkamah Tinggi untuk merujuk lapan persoalan undang-undang kepada Mahkamah Persekutuan bagi diputuskan.

Permohonan itu termasuk persoalan sama ada beliau mempunyai imuniti daripada saman sivil yang difailkan oleh bekas penyelidiknya, Yusoff Rawther, empat tahun lalu.

Menerusi permohonan yang difailkan oleh firma guamannya, Tetuan Zain Megat & Murad, minggu lalu, Anwar memohon agar Mahkamah Persekutuan memutuskan sama ada Perkara 39, 40 dan 43 Perlembagaan Persekutuan memberi beliau kekebalan bersyarat daripada saman berkenaan.

Beliau turut memohon agar mahkamah mempertimbangkan sama ada saman tersebut menjejaskan keupayaannya menjalankan tugas eksekutif serta melemahkan prinsip pengasingan kuasa yang dijamin oleh perlembagaan.

Related Articles

Back to top button