Global

ASEAN Capai Gencatan Senjata Thailand–Kemboja, Malaysia Terus Kukuh Peranan Serantau

PETALING JAYA: ASEAN hari ini mencapai persetujuan gencatan senjata antara Thailand dan Kemboja hasil fasilitasi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mesyuarat khas di Putrajaya.

Langkah ini menamatkan ketegangan yang menyebabkan korban jiwa dan pemindahan ribuan penduduk di kawasan sempadan sejak Mei lalu.

Menteri-menteri luar ASEAN dalam kenyataan 27 Julai menegaskan keperluan kedua-dua pihak menghentikan semua bentuk permusuhan serta kembali ke meja rundingan berlandaskan Piagam ASEAN dan Perjanjian TAC.

Piagam ASEAN yang berkuat kuasa pada 2008 menjadi asas komitmen serantau mengekalkan keamanan dan pembangunan mampan.

Sementara TAC yang ditandatangani pada 1976 mengikat negara anggota untuk menyelesaikan pertikaian melalui dialog tanpa kekerasan termasuk dengan kuasa luar.

Anwar akan meneruskan usaha diplomasi ke Jakarta esok bagi memperkukuh kedudukan ASEAN sebagai blok yang berupaya mengekalkan kestabilan politik dan keselamatan serantau.

Dalam arena global, Malaysia di bawah kepimpinan Anwar turut diiktiraf sebagai suara penting dalam isu Palestin.

Malaysia menyertai prosiding ICJ, mendesak pembaharuan dana UNRWA serta menegaskan keperluan gencatan senjata segera di Gaza.

Pendekatan ini diiktiraf di Istanbul menerusi sokongan menolak veto kuasa besar terhadap pengiktirafan Palestin.

Di Paris, Anwar bersama Presiden Emmanuel Macron menegaskan penyelesaian dua-negara, selari dengan keputusan Perancis mengiktiraf Palestin secara rasmi di Sidang Agung PBB September ini.

Related Articles

Back to top button