PM Terima Kunjungan Hormat Menteri Ketenteraan China

PETALING JAYA: Satu kunjungan hormat daripada Jeneral Xu Xueqiang, Menteri Pembangunan Peralatan Suruhanjaya Ketenteraan Pusat Republik Rakyat China, dalam satu pertemuan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memperkukuh ikatan strategik antara Malaysia dan China.
Pertemuan yang berlangsung pagi tadi membuka lembaran baharu dalam hubungan dua hala khususnya dalam bidang keselamatan dan pertahanan.
“Malaysia menghargai kerjasama erat dengan China dalam aspek keselamatan termasuk latihan bersama serta kolaborasi dalam teknologi strategik,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Beliau turut menzahirkan penghargaan terhadap peranan konstruktif China dalam menangani pelbagai isu serantau yang kompleks dan berpanjangan.
“Malaysia turut menghargai usaha ke arah gencatan senjata antara Kemboja dan Thailand, selain sokongan berterusan Beijing dalam mencari penyelesaian terhadap krisis kemanusiaan di Myanmar,” tambahnya.
Dalam nada penuh hormat, Perdana Menteri menyatakan harapan untuk memperkukuh lagi hubungan diplomatik melalui pertemuan dengan kepimpinan tertinggi China.
“Saya menzahirkan penghormatan kepada kepimpinan tertinggi China dan menyatakan harapan untuk bertemu Presiden Xi Jinping serta Premier Li Qiang pada awal bulan hadapan,” katanya.