Nasional

MCMC Menang Saman Fitnah Terhadap Murray Hunter

SHAH ALAM: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) meraih kemenangan penting dalam mempertahankan reputasinya apabila Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Rabu memutuskan bahawa individu bernama Murray Victor Hunter bersalah dalam kes saman fitnah terhadap agensi itu.

Antara April hingga November tahun lalu, Murray dilaporkan telah menerbitkan beberapa artikel yang mengandungi tuduhan palsu dan berunsur fitnah terhadap MCMC, di mana kenyataan yang menurut suruhanjaya itu bukan sahaja tidak berasas, malah memberi kesan buruk kepada reputasi institusi dan mengelirukan orang ramai.

“Keputusan ini membuktikan bahawa kebebasan bersuara perlu disertai tanggungjawab dan tidak boleh digunakan untuk menyebarkan fitnah,” kata MCMC dalam satu kenyataan pada Khamis.

MCMC turut menjelaskan bahawa tindakan undang-undang yang diambil bukan semata-mata untuk menuntut keadilan tetapi bagi melindungi nama baik institusi serta memastikan prinsip integriti dan akauntabiliti terus dipertahankan dalam ekosistem digital negara.

Related Articles

Back to top button