BisnesekonomiNasionalNegeri

Kerajaan tak pernah tutup pintu dialog, malah anjur 108 sesi libat uris RUU PSB

PETALING JAYA: Kerajaan telah menganjurkan sebanyak 108 sesi libat urus dan penerangan bagi menjelaskan pelaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) kepada semua pihak berkepentingan.

Namun, difahamkan tiada satu pun wakil daripada blok pembangkang hadir dalam mana-mana sesi tersebut.

Menurut Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Dr Alias Rameli, kerajaan telah menyediakan saluran dialog yang terbuka dan telus, di mana setiap persoalan dijawab serta kebimbangan diberi ruang untuk dibincangkan.

“Kerajaan terbuka mengadakan sesi libat urus sehingga hari ini, 26 Ogos (Selasa), kita telah menganjurkan sebanyak 108 sesi libat urus.

“Malah kita turut melibatkan Kuala Lumpur Resident Association,” katanya dalam satu sidang media pada Selasa.

Alias turut memaklumkan bahawa kerajaan telah menjalankan lawatan tapak di sekitar Kuala Lumpur dengan memberi peluang kepada wakil rakyat untuk menilai sendiri keadaan kawasan yang terlibat dalam pembaharuan.

“Beberapa kawasan yang kita lawati di sekitar Kuala Lumpur didapati begitu daif dan miskin, jadi takkan kita nak biarkan struktur bangunan di akhirnya tidak stabil dan tidak memberi keselesaan kepada penduduk yang sedia ada.

“Saya rasa itu bukan pilihan dalam konteks mana-mana kerajaan untuk membiarkan perkara itu dan malah mahu membangunkan demi memberi kesejahteraan kepada rakyat yang khususnya tinggal di kawasan yang usang,” ujarnya.

Langkah itu, katanya, membuktikan bahawa kerajaan tidak pernah menutup pintu dialog, meskipun ia tidak disambut baik oleh pihak yang lantang menolak RUU PSB.

“Kerajaan memilih pendekatan inklusif dan terbuka kerana masa depan rakyat bandar lebih penting daripada politik.

“Sebaliknya, ketiadaan pembangkang dalam sesi libat urus menunjukkan penolakan mereka tidak datang dengan fakta, sebaliknya berdiri di atas persepsi dan andaian,” katanya lagi.

Related Articles

Back to top button