Nasional

Malaysia Sokong BRI, Tegas Peranan Aktif Dalam Tadbir Urus Global

BEIJING: Malaysia menzahirkan sokongan penuh terhadap Belt and Road Initiative (BRI) yang digagaskan Presiden China, Xi Jinping dengan menegaskan komitmen untuk terus memainkan peranan aktif dalam membentuk masa depan dunia yang lebih aman dan makmur.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selain BRI, Malaysia turut menyokong Global Governance Initiative (GGI) yang diketengahkan dalam Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO), kerana ia selari dengan aspirasi Malaysia untuk memperkukuh kerjasama antarabangsa.

Menurut beliau, penyertaan aktif Malaysia dalam inisiatif global ini mencerminkan keazaman negara, meskipun kecil dari segi geografi untuk tampil sebagai suara penting dalam memperjuangkan keadilan dan saling hormat di peringkat antarabangsa.

Anwar menyifatkan hubungan erat Malaysia-China sebagai bukti bahawa persahabatan berteraskan kepercayaan dan tekad bersama mampu menjadi kekuatan besar dalam mendepani cabaran dunia.

Pertemuan dengan Presiden Xi di Great Hall of the People dilihat sebagai satu penghormatan kepada Malaysia, sekali gus mengukuhkan hubungan diplomatik yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara.

Related Articles

Back to top button