Ekonomi MADANI Diperkukuh, Warga MoF Teguh Menjunjung Integriti

PUTRAJAYA: Kerangka Ekonomi MADANI terus menunjukkan hasil memberangsangkan meskipun berdepan ketidaktentuan ekonomi global, geopolitik dan risiko tarif.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengingatkan warga Kementerian Kewangan (MoF) supaya terus memikul amanah dengan penuh integriti, berdisiplin serta mengamalkan semangat kerja berpasukan yang tinggi.
“Petunjuk ekonomi kekal positif apabila KDNK berkembang 5.2 peratus pada suku ketiga 2025, defisit fiskal dijangka menurun kepada 3.8 peratus, manakala ringgit muncul sebagai mata wang terbaik di rantau ini,” katanya ketika menyampaikan amanat pada Majlis Perhimpunan Warga MoF bagi bulan Disember pada Isnin.
Majlis itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican; Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pelaburan), Datuk Dr. Shahrazat Ahmad; serta ketua-ketua jabatan dan agensi di bawah MoF.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada seluruh warga MoF atas komitmen dan sumbangan sepanjang tahun ini dalam memastikan pengurusan kewangan negara kekal berhemat.
Pada masa sama, Amir Hamzah
Usai majlis berkenaan, warga MoF turut mengikuti amanat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi penstriman langsung dari Kementerian Kerja Raya.
Anwar dalam amanatnya menegaskan kepentingan memanfaatkan kestabilan politik sedia ada untuk merangka dan melaksanakan program yang jelas demi kesejahteraan rakyat.
Ekonomi MADANI diperkenalkan sebagai kerangka pembangunan menyeluruh yang menekankan pertumbuhan mampan, tadbir urus baik dan keadilan sosial, sejajar usaha kerajaan memperkukuh ekonomi serta meningkatkan keyakinan pelabur dan kesejahteraan rakyat.



