Amirudin Zahir Ucapan Tahniah Sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Selangor

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menzahirkan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Keputeraan ke-80 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, dengan penuh rasa hormat dan kasih kepada kepimpinan baginda yang sentiasa mengutamakan kesejahteraan rakyat.
Dalam satu hantaran di Facebook, Amirudin berkata, seluruh rakyat dan pentadbiran negeri menzunjung kasih atas kepimpinan Sultan Sharafuddin yang membawa kestabilan dan kemajuan kepada negeri Selangor.
“Patik mewakili rakyat jelata merafak sembah tahniah dan mendoakan DYMM Tuanku sentiasa dalam lindungan Allah SWT,” katanya.
Beliau turut mendoakan kesejahteraan Tengku Permaisuri Selangor, kerabat diraja serta Raja Muda Selangor.
Menurut Amirudin, ulang tahun kali ini lebih bermakna kerana berlangsung menjelang Sambutan Jubli Perak pemerintahan baginda, menandakan 25 tahun pemerintahan yang penuh dengan pencapaian dan keprihatinan terhadap rakyat.
“Rakyat amat menghargai keprihatinan Tuanku terhadap kemaslahatan negeri sepanjang 25 tahun pemerintahan,” katanya.



