Tambahan RM3 juta untuk tuisyen rakyat, bukti komitmen Selangor tingkat pendidikan
Seramai 130,000 pelajar Sekolah Menengah di Selangor disasarkan untuk menerima manfaat Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) tahun depan.
Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI berkata, program pembelajaran percuma itu akan melibatkan peruntukan RM10 juta berbanding RM7 juta sebelum ini, selaras pengumuman Belanjawan Selangor 2024.
Malah bagi tahun hadapan, program itu turut akan diperluas kepada pelajar tingkatan empat berbanding hanya tingkatan lima seperti sebelum ini.
“Bagi tahun 2024, PTRS bukan hanya menyasarkan pelajar tingkatkan lima yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), bahkan dipanjangkan kepada pelajar tingkatan empat.
“Ia sekali gus untuk menunaikan hasrat Kerajaan Negeri yang mahu jumlah pelajar mendapat manfaat PTRS seramai 200,000 dalam tempoh lima tahun sejajar Tawaran Kita Selangor,” kata
Ketua tanggungjawab sosial korporat dan komunikasi korporat Ahmad Azri Zainal.
BACA LAGI: Altimet sambut baik Belanjawan Selangor 2024
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2024 pada Jumaat lalu mengumumkan tambahan peruntukan RM3 juta untuk PTRS kepada MBI tahun depan.
PTRS memberi bantuan kelas tambahan untuk pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah yang prestasi pelajaran sederhana atau lemah dengan mengadakan kelas tambahan bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah dan Matematik Tambahan
Sementara itu, Ahmad Azri berkata, penambahan dana RM3 juta yang diumumkan bagi menjayakan inisiatif terbabit mencerminkan komitmen pentadbiran negeri dalam meningkatkan prestasi pelajar sekolah menengah.