Tiket Terbuka Malaysia Petronas 2024 akan mula dijual mulai esok
Tiket-tiket Terbuka Malaysia Petronas 2024 yang dijadualkan berlangsung dan 9 hingga 14 Jan depan di Arena Axiata, Bukit Jalil di sini akan mula dijual pada pukul 11 pagi Rabu ini.
Apa yang lebih menarik, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam satu kenyataan hari ini mengumumkan satu kempen pembelian awal yang menyediakan diskaun kepada peminat yang mendapatkan tiket mereka sebelum 15 Dis ini.
Selain daripada tiket individu, BAM memaklumkan tiket langganan juga boleh diperoleh mulai 15 Nov ini kepada mereka yang mahu menikmati setiap detik perlawanan penuh aksi kejohanan Super 1000 ini.
Sementara itu, Setiausaha Agung BAM Datuk Kenny Goh dalam kenyataan sama menggalakkan setiap orang supaya mendapatkan tiket mereka awal.
“Terbuka Malaysia Petronas secara konsisten menghidangkan aksi badminton kelas dunia, dan kami teruja untuk menjadi hos acara berprestij ini sekali lagi.
“la merupakan peluang unik bagi peminat menyaksikan aksi hebat atlet sukan dan wira negara di atas pentas antarabangsa,” katanya.
Peminat yang ingin membeli tiket boleh berbuat demikian di laman www.ticket2u.com.my. – Bernama
Baca lagi: