Parlimen

Majlis Media Malaysia bakal jadi medium sistem aduan laporan berita – Teo Nie Ching

Majlis Media Malaysia bakal menjadi medium bagi sistem adua bagi laporan berita yang diterbitkan organisasi media, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching.

Menurutnya, ini sekali gus berperanan meneliti dan mencapai keputusan bagi setiap aduan yang diterima.

“Dalam RUU ini memang kita mewujudkan satu ‘grievance mechanism’ di mana sesiapa yang tidak berpuas hati dengan laporan, boleh melakukan aduan dengan majlis media ini dan majis media boleh mewujudkan jawatankuasa untuk meneliti aduan tersebut dengan satu keputusan sama ada laporan daripada media organisasi itu adalah tidak etika ataupun mereka tidak melanggar apa-apa etika untuk pengamal media,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi mengenai status terkini penubuhan Majls Media Malaysia.

Rang Undang-Undang (RUU) Majlis itu dijangka dibentangkan pada Mac tahun depan di Parlimen.

Setakat ini enam sesi perbincangan telah diadakan bagi memastikan peruntukan-peruntukan yang dipersetujui dalam kandungan RUU itu jelas, selain mencapai kesepakatan antara semua pihak.

Baca lagi:

Related Articles

Back to top button