Semasa

Persatuan wanita diseru anjur program perkasa golongan tersebut

Persatuan wanita khususnya di Sarawak diseru untuk menganjurkan lebih banyak aktiviti dan program ilmu bagi memperkasakan golongan wanita di negeri ini.

Seruan itu dinyatakan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

“Peranan dan kekuatan wanita ini juga sangat penting serta perlu diberikan perhatian sewajarnya.

Wanita perlu dilengkapkan dengan ilmu pengetahuan supaya dapat melahirkan masyarakat yang lebih baik.

“Justeru, adalah penting bagi badan bukan kerajaan (NGO) atau persatuan wanita untuk mewujudkan pelbagai program yang boleh memberi manfaat kepada wanita di Sarawak,”katanya.

BACA LAGI: Belanjawan 2024 bukti komitmen PM Anwar tingkat pembangunan Sabah, Sarawak

Sharifah Hasidah turut menegaskan, usaha tersebut akan dapat membantu dalam memantapkan lagi kebolehan wanita untuk membantu keluarga dan masyarakat.

Terdahulu beliau berucap sekali gus mewakili Pengerusi Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI) di Hotel Grand Margherita, di Kuching pada Ahad.

Pada majlis itu juga Isteri Premier Sarawak, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang menyempurnakan perasmian “Sarawak Women and Food Symposium”

Program tersebut adalah untuk mendidik peserta tentang pemakanan sihat, diet seimbang, dan senaman yang memberi manfaat kepada kesejahteraan fizikal.

Related Articles

Back to top button