Semasa

Ranjer komuniti bakal ditambah, elak hutan dan hidupan liar diancam

Bilangan renjer komuniti bakal ditambah bagi memastikan tiada ancaman terhadap hutan dan hidupan liar, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Nik Nazmi Nik Ahmad.

Menurut Nik Nazmi, usaha itu juga bagi meningkatkan penguatkuasaan kawasan hutan simpan kekal termasuk di Sabah dan Sarawak daripada terus diceroboh.

Setakat ini jelasnya, kerajaan telah menambah sebanyak 1,500 renjer dan sebahagian besar terdiri daripada masyarakat Orang Asli dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kita tahu tekanan kepada hutan dan haiwan kita adalah sangat tinggi. (Sejak akhir-akhir ini) semakin banyak konflik (pencerobohan hutan) yang berlaku.

“Jadi dalam usaha kita menghentikan perkara tersebut, kita perlu menambah bilangan renjer,” katanya.

BACA LAGI: KSAS: Serangan harimau jadi sebab mengapa cadangan kerajaan Kelantan perlu dibantah

Nik Nazmi berkata begitu selepas merasmikan Persidangan Serantau: Kesalihubungan Hutan dan Pemuliharaan Biodiversiti di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC), Setia Alam pada Selasa.

Nik Nazmi sementara itu berkata, lebih 600 masyarakat Orang Asli telah dipilih menjadi renjer komuniti dan beliau menjangkakan jumlah itu akan terus meningkat.

“Selain itu, penglibatan veteran tentera dan polis sangat bersesuaian kerana mereka mempunyai kepakaran serta pengalaman luas ketika berada di hutan,” tambahnya.

Related Articles

Back to top button