Global

PM Anwar umum insentif sempadan, termasuk pengecualian visa untuk negara tertentu

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan beberapa penambahbaikan bagi perjalanan antara dua negara jiran selain beberapa negara di rantau tertentu.

Penambahbaikan itu antaranya melibatkan pengecualian visa selama 30 hari untuk pelawat dari China dan India selain negara-negara rantau Asia Barat termasuk Turkiye dan Jordan.

Anwar ketika berucap pada penggulungan Kongres Nasional KEADILAN di Putrajaya pada Ahad turut memaklumkan Insentif itu jelasnya akan bermula 1 Disember depan.

“Langkah ini bakal beri lonjak hubungan kerjasama strategik,” jelasnya sambil memaklumkan insentif itu selaras ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik dengan China dan negara-negara sahabat di Timur Tengah untuk datang bercuti di Malaysia.

Disebalik pengumuman itu, Anwar bagaimanapun memberi jaminan bahawa tapisan keselamatan akan dikuatkuasa agar tiada kebocoran kemasukan melibatkan penjenayah dan pengganas.

Sementara itu beliau turut mengumumkan hubungan antara Malaysia dengan Singapura akan dipertingkatkan bagi meneroka kerjasama lebih pesat terutama projek zon ekonomi di sempadan yang bakal diwujudkan.

BACA LAGI: Kajian daya maju ekosistem SEZ Malaysia-Singapura sedang dijalankan

Beliau menambah Kerajaan Perpaduan mengambil sikap positif dan menerima perakuan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong berhubung beberapa isu panas selama ini.

Ia termasuk kemelut harga bekalan air mentah yang dianggap berat sebelah, masalah ruang udara dan pertikaian sempadan maritim antara kedua-dua negara berjiran tersebut.

Justeru tambahnya, sentimen prasangka isu lama yang pernah berlaku sebelum ini akan dibenamkan.

Related Articles

Back to top button