Uncategorized

Agong berangkat ke Majlis Sambutan Hari Kebangsaan ke-52 Emiriah Arab Bersatu

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke majlis sambutan Hari Kebangsaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang ke-52 di Jubilee Park, Expo City di Dubai, semalam.

Turut berangkat paduka anakanda Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Istana Negara dalam catatan di Instagram hari ini memaklumkan pada majlis, Seri Paduka berkenan bertemu dengan beberapa ketua dan pemimpin negara asing yang hadir atas persilaaan Presiden UAE, Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan.

Antaranya Presiden Indonesia, Joko Widodo, Timbalan Perdana Menteri UAE, Sheikh Saif bin Zayed Al Nahyan dan Menteri Kanan Penyelaras Keselamatan Negara Singapura, Teoh Chee Hean.

Terdahulu, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mengunjungi ibu pejabat General Women’s Union (GWU) di Abu Dhabi pada Sabtu, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).

Terdahulu, ketibaan Tunku Azizah disambut oleh Setiausaha Agung GWU Al Reem Abdullah Al Falasi dan kemudian diraikan dalam majlis yang sama.

Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kini berada di Abu Dhabi bagi lawatan khas yang berakhir esok.

Lawatan itu sempena Persidangan ke-28 Pihak-Pihak Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (COP28) yang bermula Khamis lalu dan berakhir 12 Disember ini.

Baca juga:

Related Articles

Back to top button