Semasa

Klip video sokong Israel: mengapa menteri dulu tak bertindak, soal Fahmi

Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) Fahmi Fadzil mempersoalkan mengapa pentadbiran sebelum ini tidak mengambil tindakan terhadap penularan klip video membabitkan seorang individu yang mahu hubungan diplomatik dijalinkan antara Malaysia dan Israel.

Fahmi ketika ditemui media selepas perhimpunan bulanan Kementeriannya di Putrajaya pada Rabu berkata, klip video itu sebenarnya disiarkan pada Disember 2021 tetapi telah ditimbulkan semula di media sosial baru-baru ini.

“Semakan menunjukkan ia (video) daripada YouTube ‘Malaysia And Israel – From Enemies To Allies?’.

“Berdasarkan carian dalam YouTube, video itu adalah pada 17 Disember 2021, bukan 2023. Dua tahun yang lalu, waktu itu saya bukan menteri,” katanya.

Fahmi berkata begitu sebagai mengulas rakaman video tular oleh seorang individu dikenali sebagai ‘Victor Yong Jen Ong’ yang mahu hubungan diplomatik dijalinkan antara Malaysia dan Israel.

Dalam video temubual berdurasi 5.33 saat yang disiarkan dalam laman sosial X, Hananya Naftali, Yong menyatakan rakyat Malaysia kononnya mempunyai pandangan yang silap mengenai Israel dan elemen kebencian ini dibawa oleh kumpulan pejuang Fatah dan Hamas yang disalurkan kepada rakyat Malaysia.

Malah, Yong juga menyatakan perlunya ada normalisasi hubungan antara Malaysia dan Israel di mana kedutaan Israel harus diwujudkan di negara ini dan kerajaan Malaysia juga harus mempunyai kedutaan di Israel.

BACA LAGI: Malaysia kutuk serangan kemudahan kesihatan di Gaza, Israel ingin hapus rakyat Palestin 

Susulan itu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata Yong kini ditahan bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya yang kemudian di muatnaik dalam laman TikTok.

Sementara itu Fahmi menegaskan persoalan mengapa tiada tindakan diambil sewajarnya diambil sebelum ini wahar ditujukan kepada Menteri Dalam Negeri dan Menteri Komunikasi dan Multimedia ketika itu.

Semakan mendapati Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Tan Sri Annuar Musa merupakan Menteri KDN dan Menteri Komunikasi ketika itu.

Related Articles

Back to top button