Semasa
Kerajaan cadang iktiraf SKM setaraf SPM
KERAJAAN berhasrat untuk mengiktiraf Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) agar setaraf
dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam usaha meningkatkan kadar
kebolehpasaran graduan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET)
di negara ini.
Usaha kerajaan tingkat kebolehpasaran graduan |
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad
Zahid Hamidi berkata kertas dasar mengenai cadangan tersebut akan dibawa
ke pertimbangan Jemaah Menteri dalam tempoh dua minggu akan datang.

“Kami
akan menawarkan tempat-tempat kepada mereka yang tidak mengambil SPM
atau pun gagal untuk menyertai TVET kerana kita mempunyai sijil-sijil
yang dikeluarkan SKM.

“Kertas dasar (itu) akan dibawa ke Kabinet
untuk menentukan bahawa sijil-sijil ini akan turut diiktiraf sebagai
sijil yang sama taraf atau pun lebih tinggi daripada sijil SPM yang
akhirnya mereka akan dapat masuk ke dalam pasaran sama ada swasta atau
kerajaan berdasarkan sijil-sijil yang dikeluarkan itu.

“Mereka
(lepasan TVET) akan dapat masuk ke pasaran sama ada swasta atau kerajaan
berdasarkan sijil-sijil (SKM) yang akan dikeluarkan itu,” katanya
selepas melancarkan Portal TVET Madani di Putrajaya.

Ahmad Zahid
yang juga Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET Negara berkata, terdapat
beberapa lagi perubahan besar yang disarankan oleh jawatankuasa
berkenaan antaranya melibatkan dasar pendidikan negara dan dasar
pengajian tinggi.

“Kita tidak lagi berfikir secara silo tetapi
melakukan koordinasi sebaik-baiknya dengan 12 kementerian, syarikat
berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta supaya tidak ada yang tertinggal
dalam merebut peluang pekerjaan ini.

“Sudah tiba masanya kita
gunakan tenaga tempatan dan mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga
kerja asing dengan memberikan mereka latihan sewajarnya mengikut
kehendak pasaran dan minat peserta itu, apabila mereka menjadi lepasan
TVET pekerjaan sudah menunggu mereka.

“Ia bukan sahaja
mengurangkan kadar pengangguran, tetapi juga masalah ‘mismatch’ (tidak
sepadan) dalam bidang pekerjaan dan kursus yang mereka ikuti,” ujarnya.

-AA