Semasa

Penempatan pegawai perubatan siswazah secara berperingkat mulai Julai

KEMENTERIAN KESIHATAN  (KKM) bakal melaksanakan penempatan secara berperingkat dalam
kalangan pegawai perubatan yang menamatkan latihan siswazah bermula
Julai tahun ini.

Kekosongan jawatan doktor bakal diisi segera
Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata,
langkah itu bagi mengisi kekosongan jawatan doktor lantikan
kontrak di klinik dan hospital kerajaan susulan keputusan kerajaan melaksana penyerapan
doktor kontrak ke jawatan tetap baru-baru ini 
Jelas Dr Zaliha, seramai 675 pegawai perubatan akan
diagih tugas segera mulai bulan depan diikuti dengan seramai 1,150 pegawai
lagi pada Ogos 2023.
“Berdasarkan rekod KKM,
seramai 3,226 Pegawai Perubatan akan menamatkan latihan siswazah atau
khidmat wajib secara berperingkat mulai Jun hingga Disember 2023,”
katanya menerusi satu kenyataan pada Jumaat. 
Melalui kenyataan sama, Ahli Parlimen Sikijang itu turut menjelaskan seramai 4,914 pegawai perubatan, pegawai pergigian dan
pegawai farmasi lantikan kontrak telah ditawarkan pelantikan tetap oleh
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
Jumlah itu merangkumi seramai 4,263 pegawai perubatan, 335 pegawai pergigian dan sebanyak 316 pegawai farmasi.
Seramai 4,907 pegawai perubatan, pegawai pergigian
dan pegawai farmasi lantikan kontrak telah melengkapkan urusan setuju
terima melalui Sistem Tawaran Pelantikan Tetap (mySTP) SPA, manakala
tujuh pegawai perubatan telah menolak pelantikan tetap tersebut.
 
“Kesemua
jawatan tetap di Semenanjung telah dipilih sepenuhnya manakala masih
terdapat kekosongan jawatan di Sabah dan Sarawak,” katanya lagi.
 
Dalam masa yang sama tambah beliau, KKM menerima 1,000 rayuan dari pegawai supaya dikekalkan di penempatan semasa.
“Antara
alasan yang diberikan adalah pegawai menghadapi masalah kesihatan diri
dan keluarga, tidak bersetuju untuk berkhidmat di Sabah, Sarawak dan
Labuan, penempatan menyebabkan pegawai terpaksa tinggal berjauhan dengan
pasangan dan pegawai akan atau memulakan pengajian kepakaran,”
jelasnya. – AA

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button