Semasa

PM Anwar doakan Agong, Raja Permaisuri peroleh haji mabrur

PERDANA MENTERI  Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan Yang di-Pertuan Agong
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja
Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang berangkat
ke Tanah Suci hari ini, memperoleh haji yang mabrur dan segala urusan
ibadah haji berjalan lancar.

Tuanku bertitah agar PM jaga negara
Anwar yang menghadiri Upacara
Keberangkatan Seri Paduka berdua di Istana Negara pagi ini, turut
mendoakan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah dikurniakan kesihatan yang
baik sepanjang menunaikan ibadah haji di Tanah Suci.
“Mendoakan
semoga Tuanku sekalian memperoleh ibadah haji yang mabrur dan diberi
kesihatan yang baik serta dilancarkan segala urusan ibadah haji di Tanah
Suci Makkah,” katanya menerusi catatan di Facebook.
Pada majlis
itu, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Prof Madya Dr Luqman Abdullah
memimpin bacaan doa, disusuli laungan azan oleh Pembantu Hal Ehwal Islam
Istana Negara, Mohd Mustafidurrohman Mohd Syahroni.
Sebelum berangkat, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah bersalaman bersama kakitangan Istana Negara.
Yang di-Pertuan Agong juga sempat berpesan kepada Perdana Menteri untuk menjaga negara.
Seri Paduka berdua dijadual berada di Tanah Suci bermula hari ini hingga 2 Julai.
Kerajaan
Arab Saudi mengumumkan hari Wukuf, iaitu kemuncak haji, adalah pada
Selasa, 27 Jun, manakala Hari Raya Aidiladha disambut pada Rabu, 28 Jun.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button