Semasa

Kerajaan cadang gubal undang-undang benteras amalan ‘ali baba’

KERAJAAN bercadang menggubal undang-undang khusus baharu bagi mematahkan elemen “rent-seeking” atau konsep ‘ali baba’ dalam struktur perniagaan dan ekonomi negara.

Isu ‘ ali baba’ jadi masalah dalam ekonomi

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, pihaknya sedang mengkaji perkara itu supaya dapat dilaksanakan. 

Mengulas lanjut Ahli Parlimen Pandan itu berkata, isu warga tempatan yang menyewakan perniagaan dimiliki kepada warga asing telah berlanjutan sekian lama, namun sebarang undang-undang khusus berkaitan “rent-seeking”.

Situasi itu jelasnya menyebabkan wujud rasa tidak adil dan tidak puas hati dalam kalangan masyarakat. 

“Kita perlu selesaikan bagaimana orang asing boleh berniaga di kawasan penjaja… bila mereka ditahan, didapati sebahagian besar yang berniaga menggunakan lesen warga tempatan dan secara teknikal, ia tidak salah.

“… mereka mengatakan mereka merupakan pekerja kepada peniaga tempatan. Jadi, orang-orang kita juga yang bekerjasama dan memberi ruang kepada perkara ini berlaku kerana tiada undang-undang khusus mengenai pemilikan perniagaan dan sewa,” katanya.

Beliau berkata begitu sebagai menjawab isu pemilikan lesen warga tempatan dan peniaga warga asing yang diutarakan oleh seorang peserta sesi libat urus Kementerian Ekonomi bersama Jabatan Wilayah Persekutuan.

Pada sidang media selepas sesi libat urus itu, beliau berkata Kementerian Ekonomi sedang membangunkan cadangan awal berkaitan undang-undang tersebut sebelum dibentang kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negara Julai depan.

“Konsep ‘ali baba’ ini wujud dari peringkat bawah hingga ke orang atasan. Ia selama ini menjadi masalah dalam ekonomi tetapi tiada perbincangan khusus ke arah penggubalan undang-undang,” katanya sambil menambah isu itu perlu diberi perhatian serius. 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button