Sukan

KBS bakal lancar garis panduan pembangunan e-sukan

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) bakal melancarkan satu garis panduan
terhadap Pelan Strategik Pembangunan Sukan Elektronik (e-Sukan) dalam
masa terdekat.
Timbalan Menterinya Adam Adli Abd Halim berkata,
garis panduan itu termasuk usaha memastikan akses terbaik dapat
diberikan terhadap infrastruktur sukan tersebut.

Usaha memastikan pembangunan terbaik
Bagi tujuan itu
katanya, kementerian turut akan menjalinkan kerjasama dengan agensi
berkaitan bagi membangunkan garis panduan tersebut khusus dalam
memperincikan semua tindakan yang terkandung dalam pelan berkenaan.
Sementara
itu jelasnya bagi menyokong pertumbuhan ekosistem e-sukan negara, KBS
telah membangunkan E-SPORT INTEGRATED HUB (ESI HUB) melalui penyediaan
ruang kejohanan dan acara, pusat latihan sebagai hub jaringan pelbagai
program profesional dan pembangunan kapasiti.
“Bagi memastikan
pembangunan infrastruktur e sukan lebih baik, KBS juga telah membangun
dan menaik taraf 13 e-sport studio yang memberi manfaat kepada 13
persatuan negeri di seluruh negara.
“Penyediaan infrastruktur
khusus setiap negeri ini mampu membantu untuk meningkatkan pembangunan
e-sukan negara melalui penganjuran kejohanan di peringkat tempatan
sebagai studio produksi untuk penganjuran kejohanan dalam talian,”kata
Adam Adli di Dewan Negara semalam.
Mengulas lanjut mengenai
sektor sukan elektronik di negara ini, beliau menjelaskan KBS
membangunkan sebuah pusat latihan kebangsaan di Majlis Sukan Negara
(MSN).
Ia bagi memastikan persediaan atlet e sukan negara utk
bertanding di kejohanan antarabangsa berjalan lancar selain membantu
keperluan penganjuran malaysia dalam Malaysian ESports League (MEL). 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button