Negeri

Amirudin jamin kesejahteraan dan kebajikan rakyat Selangor tanpa mengira kaum, agama

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memberi jaminan pentadbiranya akan terus memberi keutamaan kepada kesejahteraan dan kebajikan rakyat berbilang kaum dan agama di negeri itu.

Berucap dalam satu program sempena tahun baharu di Selayang Baru pada Isnin berkata, Kerajaan Negeri tidak memilih kaum dan agama malah bersifat menyeluruh,

Ia jelasnya terbukti apabila pelbagai bantuan disalurkan termasuklah peruntukan untuk rumah ibadat dan sekolah pelbagai aliran.

BACA LAGI: Agong mahu rakyat hidup harmoni, bersatu hati

“Kita juga adalah negeri yang menyediakan tapak rumah ibadat yang digazetkan bermakna rumah ibadat ini tidak perlu bayar premium sebagaimana yang berlaku suatu ketika dulu premiumnya sangat tinggi dan menyebabkan rumah ibadat tidak dapat didirikan.

“Kenapa buat begini? Sebab kita percaya kepada (prinsip) Rukun Negara iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan dan menjadi salah satu tanggungjawab kerajaan pastikan rumah ibadah (termasuk) masjid, kuil, tokong dan gereja dapat dipelihara dan dijaga.

“Kerajaan Negeri akan terus bekerja melaksanakan tanggungjawab memastikan kesejahteraan, keamanan dan kestabilan hidup semua rakyat yang tinggal di negeri ini,” katanya.

Sebagai pemimpin negeri, Amirudin menyeru rakyat di Selangor terus menghormati anutan agama lain demi kesejahteraan dan kehidupan yang harmoni.

Rakyat jelasnya tidak seharusnya mudah termakan hasutan pihak tertentu yang cuba memecah belah keharmonian masyarakat yang telah dipupuk sejak sekian lama.

“Semakin hari saya lihat perlahan-lahan ada orang cuba mengapi-apikan perbezaan ini.

“Kata-kata cacian dan makian tidak menguntungkan kerana kita faham dan hormat pelbagai kelompok yang ada. Inilah yang ingin kita pertahankan di Malaysia sekian lama (dan diterjemahkan dengan pembentukan) Kerajaan Perpaduan. Pelihara rasa hormat dan persefahaman kita terhadap agama lain,” katanya.

Related Articles

Back to top button