Semasa

PM Anwar ‘salute’ kegigihan SPRM dan PDRM lawan rasuah, dadah

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran untuk terus memerangi rasuah dan sindiket dadah secara besar-besaran.

Berucap pada Majlis Peluncuran Pangkalan Data Utama (PADU) di Putrajaya pada Selasa beliau menegaskan bahawa dibawah pentadbirannya, ‘tokoh kenamaan’ dan ‘jerung’ (sindiket dadah) tidak akan terlepas daripada sebarang siasatan rasuah dan jenayah.

“Kerajaan akan bertindak tegas dalam hal itu tidak kira apa latar belakang sekali pun.

“Kamu curi dana negara, kamu punggah kekayaan negara, sama ada kamu Perdana Menteri, Menteri Kewangan, menteri-menteri, kamu ingat, kita terpaksa bertindak dengan tegas untuk menyelamatkan negara ini,” katanya.

BACA LAGI: SPRM dijangka panggil bekas PM, pembantu bagi bantu siasatan

Pada ucapannya Anwar turut memuji kegigihan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam melawan rasuah termasuk menyiasat tokoh dan individu tanpa mengira pangkat selain ketegasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di dalam membanteras sindiket dadah terbesar di Sabah seperti dilapor baru-baru ini.

“Ratusan ribu anak terlibat dengan dadah berbelanja ratusan juta ringgit. Sukar diambil tindakan terhadap tauke dan pengedar besar. ‘Salute’ kepada PDRM,” katanya.

Media pada Disember lalu melaporkan kejayaan PDRM menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah jenis syabu terbesar di Sabah, yang disyaki mula beroperasi sejak 2015.

Dalam operasi itu ketua sindiket bergelar Datuk antara 10 individu ditahan di dalam operasi khas berkenaan.

Related Articles

Back to top button