PBT

Nelayan tempatan jangan jadi ‘tali barut’ bawa masuk PATI – Maritim Malaysia

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengingatkan nelayan tempatan untuk tidak menjadi ‘tali barut’ dengan membawa masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara ini melalui jalan laut.

Ia susulan tindakan tiga warga tempatan yang didapati mengambil upah mengambil dan menghantar PATI dari Indonesia ke Malaysia.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Mohd Khairi Abd Aziz, berkata Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) telah mengesan satu kontek curiga menuju ke Kuala Sungai Sepang, Selangor jam 12 tengah hari pada Jumaat.

“Sebuah bot nelayan tempatan ditahan Maritim Malaysia kerana disyaki membawa PATI warga Indonesia semalam,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Pemeriksaan terhadap bot nelayan mendapati seramai tiga termasuk tekong dan seorang awak-awak rakyat tempatan serta seorang lelaki warga Indonesia berumur 49 tahun yang dipercayai PATI kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri sah.

Mohd Khairi berkata, Maritim Malaysia akan sentiasa memantau dan tegas dalam menyekat kemasukan PATI melalui perairan negara.

Related Articles

Back to top button