Semasa

Penjawat awam perlu main peranan fahamkan rakyat kepada konsep Malaysia MADANI

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Azman Abidin menggesa penjawat awam agar memainkan peranan penting dalam menyebarluaskan konsep Malaysia MADANI.

Menurutnya, langkah itu sebagai memastikan rakyat dapat memahami dan menghayati konsep itu memandangkan rata-rata masyarakat belum memahami dan mendalami perkara itu.

“Walaupun sudah setahun konsep MADANI diperkenalkan, kita masih memerlukan lagi masa untuk menyebarkan erti MADANI kepada masyarakat terutama kakitangan kerajaan yang memainkan peranan penting dalam (menggerakkan) kerajaan MADANI,” katanya.

Azman berkata begitu ketika ditemui pada program Jualan Termurah, Khidmat Demi Rakyat anjuran Pejabat Ahli Parlimen Bandar Tun Razak pada Ahad.

BACA LAGI: Dana Iklan Digital OHSEM 2.0: RM42 juta disediakan untuk bantu usahawan PKS

Perdana Menteri memperkenalkan konsep ‘Malaysia MADANI’ pada 19 Januari tahun lepas, ia memberi tumpuan kepada penyelesaian masalah dan memenuhi keperluan ke arah membina negara bangsa yang mampu mencapai ketamadunan tinggi melalui enam tonggak dasar yakni, M (keMampanan), A (kesejAhteraan), D (Daya Cipta), A (hormAt), N (keyakiNan) dan I (Ihsan).

Konsep itu bersifat inklusif merangkumi semua golongan dan kaum dalam usaha mengemudi serta mengangkat semula martabat dan kegemilangan negara di persada dunia.

Related Articles

Back to top button